web stats

Monday, August 3, 2009

ZOOM TELUK BAHANG , PULAU PINANG






ZOOM TELUK BAHANG, PULAU PINANG 1 - 2 OGOS 2009

Salam semua para pemgunjung blog teman, oleh kerana minggu lepas tak tahu nak kemana, kami pun pergilah bercuti di Teluk Bahang. Percutian ini pun tak dirancangpun.
Pada mulanya kami ingin menginap di Hotel di Batu Feringgi, setiap hotel kami pergi semuanya penuh. Yang kosong hanya hotel-hotel Mewah seperti Shangrila Rasa Sayang yang biliknya berharga RM1,200 keatas untuk semalam. Mahalnya...........tak mampu teman dibuatnya.
Bayview International hotel dan Holiday Inn pun penuh kerana dipenuhi dengan warga Arab yang bercuti di Pulau Pinang.

Jadi kami sekeluarga terus menuju ke Teluk Bahang dan menginap di Chalet Sportfishing milik Lembaga Perikanan Pulau pinang. Terima kasih En. Mazani.
Kami memilih bilik family yang mempunyai 2 katil kelamin dan 2 katil bujang cukup untuk kami sekeluarga tidur dengan selesa. Harga bilik RM 150.00 dan telah diberi Diskaun RM 20.00 oleh En. Mazali. Harga bilik hanya RM130.00 sahaja.

Bilik kami hanya 5 meter sahaja dari pantai, sungguh indah sekali pemandangannya. Deruan angin dan bunyi ombak memecah pantai jelas kedengaran.

7.00 pm = Kami sekeluarga makan malam di Tanjung Bungah.

8.00 pm = Bersiar-siar di Batu Feringgi

2.8.2009

8.00 am = Bersarapan pagi

9.00 am = Kami sekelurga pergi membuat lawatan ke Taman Negara Pulau Pinang yang berdekatan dengan chalet yang kami tinggal, hanya berjalan kaki sahaja dari chalet kami menginap. Setelah mendaftar masuk dengan Ranjer Taman Negara, Masuk percuma kami berjalan kaki menyusuri laluan di tepian pantai Taman Negara ini. Pantainyapun putih bersih tiada pencemaran.
Kami hanya berjalan separuh jalan sahaja kerana kepenatan dan berpatah balik ke pintu masuk.

11.00 = Balik semula ke Chalet

12.00 = Berangkat pulang , melalui jalan Gurney Drive dan Padang kota , seterusnya menaiki feri ke Seberang Perai.

1.30 pm = Makan Mee Udang di Sungai Dua, kali ini kami sekeluarga ,memilih makan Mee Goreng Udang. Semuanya berharga RM 72.00. Sungguh sedap rasanya makan di situ Mee Udang yang Ori di Sungai Dua.

2.30 = Berangkat pulang ke Ipoh melalui jalan persekutuan sambil melihat pemandangan indah perkampungan di sepanjang perjalanan kami.


Bertemu lagi di Zoom Malaysia yang lain pula.

4 comments:

  1. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada tuan yang budiman dan baik hati,

    tenang,
    tenanglah wahai jiwa-jiwa yang tenang,

    semoga tuan berbahagia disamping keluarga tercinta,

    jikalau tuan ke Lenggong, Perak, lawatilah Gua Gunung Runtuh, dimana di situ, beribu-ribu tahun dahulu wujudnya sebuah kota yang diberi nama; Kota Tampan.

    salam hormat.

    ReplyDelete
  2. SALAM..
    SY NK TNYA,NO TEL CHALET NIH ADE X?
    SY N KWN2 NK WAT MAJLIS REUNION DI KAWASAN PENANG..YG PASTI TEPI PANTAI...TP SKANG NIH HOTEL SUME DH FULL...

    ReplyDelete
  3. Salam

    Saya berminat untuk ke sana, ada no telefon chalet tersebut tak?

    TQ
    Ibrahim

    ReplyDelete
  4. Salam,
    boleyh saya dapatkan nombor telefon chalet nie?
    trima kaseh.

    ReplyDelete