Thursday, April 16, 2009

KONVOI PTT TAG-VAC YANG PERTAMA 2009 KE CAMERON HIGHLAND.






Konvoi PTT TAC-VAC yang pertama 2009 memilih Cameron Highland sebagai destinasi yang pertama. Konvoi ini bermula di Meru Velly, Ipoh pada 4.4.2009 jam 1.30 ptg.
Peserta konvoi ini adalah dari ahli PTT TAG-VAC yg dikenali sebagai Channel Puch To Talk Toyota Avanza Group Vacation.
Ahli-ahli yang telah menyertai konvoi pertama ini terdiri dari :

1. Allan@Ipoh dari Ipoh 2. Fazrulls dari Permatang pauh, Pulau Pinang. 3. Joeautopsy dari Sungai Buluh, Selangor.
3 Ahli dan 3 tujuan menjadi 33.

Tujuan konvoi ini adalah untuk mempromosi talian PTT ini , mengiratkan talian silatulrahim diantara ahli @ keluarga dan bercuti bersama keluarga tersayang.

Konvoi ini melalui jalan raya Simpang Pulai, Perak ke Cameron Highland.
Peserta konvoi telah menginap di Hotel 4 bintang iaitu Hotel Heritage, Tanah Rata, Cameron Highland. Hotel ini sungguh indah dan merasa damai menginap di sini.

Banyak tempat telah kami lawati seperti ladang teh, Pasar malam Brinchang, Ladang Strawbery, Ladang Sayur dan kaktus.

Udara sungguh sejuk dan menyamankan.

Kami pulang ke Ipoh pada 5.4.2009 melalui jalan raya Cameron Highland ---- Tapah dan berhenti di Lata Iskandar yang sungguh indah dengan air terjunnya.

Peserta konvoi bersurai di Tapah dan menuju ke destinasi masing-masing.

" BERKAT KESEPADUAN SILATURAHIM DAN IKATAN KEKELUARGAAN "
Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.

KONVOI AMAL TAVAC MALAYSIA DAN SPRM P. PINANG 2009

KONVOI AMAL TAVAC MALAYSIA DAN SPRM P. PINANG 2009









Baru-baru ini Avanzakusilver telah menyertai Konvoi Amal Tavac Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 14, 15 dan 16 Mac 2009.
Konvoi ini disertai hampir 50 buah Toyota Avanza dari Toyota Avanza Club Malaysia dari seluruh Malaysia.

Konvoi ini bermula di Stesen Minyak Petronas Bandar Perda, menaiki feri 2 tingkat, acara perasmian di hadapan Dewan Bandaraya di Padang Kota, Georgetown, P. Pinang yang telah dirasmikan oleh Puan Pengarah SPRM Pulau Pinang Pn. Hjh. Latifah.

Konvoi ini melalui Jambatan Pulau Pinang dengan diiringi oleh Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan 5 buah moto kuasa besar dari kelab Motor P. Pinang. Konvoi singgah di Toyota Prai untuk Makan Tengahari dan majlis taklimat Toyota.
Konvoi meneruskan perjalanan ke Sungai Petani dan mengedarkan risalah anti rasuah di hadapan Menara Jam Sg. Petani, Kedah.


Peserta Konvoi menetap di Swiss Inn, Sg. Petani, Kedah.

Pada sebelah malamnya diadakan Majlis Jamuan Makan Malam Konvoi Amal dan dihiburkan oleh Penyanyi terkenal tanah air Hadibah Noor dan Pelawak Maideen dan Piee.

Pada keesokan harinya konvoi yang diiringi oleh kereta dan motor peronda Polis telah melawat Rumah Anak Yatim di Merbok.
Konvoi meneruskan perjalanan ke Tanjung Dawai sambil membeli belah hasil laut.

Pada sebelah malamnya diadakan pertandingan Persahabatan Bowling diantara Tavac, SPRM dan PDRM. Pasuka Tavac telah menjadi Johan. Tahniah Tavac.

Pada 16.3.2009 Konvoi meneruskan perjalanan ke Alor Star, Kedah dan singgah di Perkarangan Pekan Rabu dan minum ringan di Kompleks Al-Burkhary, Alor Star.

Konvoi Tamat pada Pukul 6.00 Ptg.

Peserta konvoi bertolak ke destinasi sendiri.