web stats

Monday, October 26, 2009

KALNIVAL SUKAN UDARA KEBANGSAAN 2009 IPOH










Pada 25.10.2009 kami sekeluarga telah mengunjungi karnival Sukan Udara Kebangsaan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Karnival ini berlangsung selama 3 hari.

Berbagai aktiviti sukan udara diadakan iaitu pertandingan payung terjun, pertunjukan kapal terbang, helikopter, para glaider , pameran dan berbagai lagi acara yang menarik.

MAJLIS JAMUAN 1 MALAYSIA DI SKJ, IPOH.




Pada 24.10.2009 kami sekeluarga telah menghadiri jamuan 1 Malaysia di SKJ, Ipoh.

Majlis sungguh meriah sekali dengan jamuan makan, cabutan bertuah dan aktiviti dari Bank Rakyat, Ipoh.

Tuesday, October 13, 2009

TT PERTAMA GENG TAVAC IPOH _ UTARA 2009










Pada 11.10.2009 , Teman dan keluarga telah pergi menyertai TT Keluarga Tavac Ipoh _Utara yang diadakan di Bukit Kinding Resort, Tanjung Rambutan, Perak.
Aktiviti ini juga disertai juga 5 keluarga Toyota Avanza Club Malaysia ( Tavac ) yang menetap di Ipoh.


Aktiviti :

11.15 : Peserta berkumpul beramai-ramai di hadapan Stesen keretapi Ipoh,

11.30 : Berkonvoi bersama menuju ke Bukit Kinding Resort, Tg. Rambutan.

12.10 : Konvoi tiba di Bukit kinding Resord

12.30 : Makan Tengahari

01.00 : Berehat sambil bersembang.

02.00 : Bersembahyang

02.30 : Menonton video konvoi dan berkaraoke bersama keluarga.

03.30 : Mandi di kolam renang.

04.45 : Cabutan Bertuah

05.00 : Sesi bergambar :

05.15 : Berkonvoi ke Bandaraya Ipoh.

Monday, September 28, 2009

BERHARI RAYA BERSAMA KELUARGA TERSAYANG 1430H / 2009





Ikutilah tayangan slaid kami sekeluarga beraya di Pulau Pinang, Kedah dan Perak semasa berhari raya yang lalu.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430 H




Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari Kami Sekeluarga di Ipoh :



RUZLAN
NORLAILA

MUHAMMAD HAKIMI
HANIS NABILA
MUHAMMAD HILMI
IRFA NAJWA
NURINSIRAH BALQIS


Jemputlah datang ke Rumah Kami di Hari Raya nanti.


Wednesday, August 26, 2009

VIRUS SELSEMA BABI H1N1 MENYERANG MALAYSIA





INFLUENZA VIRUS OUTBREAK

INFLUENZA VIRUS OUTBREAK

4Life Transfer Factor Immune System -Right time for Influenza (H1N1) Body Defence MechanismPandemic Influenza pastinya menakutkan semua masyarakat dunia...Ekonomi , sukan, politik & pelancongan terjejas teruk akibat krisis kesihatan sejagat ini. Like outbreak of Influenza Virus in 1918 (Spanish Flu) , kita terdesak utk mendapatkan vaksin & penawar antivirus hingga menyebabkan 40-50 millioons deaths....so, apakah persediaan anda kali ini ??

Pelbagai cara pencegahan termasuk good hygience, mencuci tangan, kurangkan social gathering, menjaga kebersihan tandas awam, early case notification & quarantine, screening etc but it seems doesn't work...telah sampai ke tahap 6.....because the symptom is like flu like illness, this 'disaster' is hardly differentiate from common fever with runny nose

Increase our body defence mechanism is strongly recommended in this critical time by taking supplement that can increase, optimize & stabilize immune system. ..Scientist & research worldwide found that small molecules can be transfered to human body as a "ímmune molecule messenger'' called Transfer Factor......

PERLINDUNGAN TERBAIK DARI PELBAGAI WABAK VIRUS , KANSER & PUNCA2 PENYAKIT...

Untuk maklumat lanjut sila layari http://transferfactorruzlan.blogspot.com

Monday, August 3, 2009

ZOOM TELUK BAHANG , PULAU PINANG






ZOOM TELUK BAHANG, PULAU PINANG 1 - 2 OGOS 2009

Salam semua para pemgunjung blog teman, oleh kerana minggu lepas tak tahu nak kemana, kami pun pergilah bercuti di Teluk Bahang. Percutian ini pun tak dirancangpun.
Pada mulanya kami ingin menginap di Hotel di Batu Feringgi, setiap hotel kami pergi semuanya penuh. Yang kosong hanya hotel-hotel Mewah seperti Shangrila Rasa Sayang yang biliknya berharga RM1,200 keatas untuk semalam. Mahalnya...........tak mampu teman dibuatnya.
Bayview International hotel dan Holiday Inn pun penuh kerana dipenuhi dengan warga Arab yang bercuti di Pulau Pinang.

Jadi kami sekeluarga terus menuju ke Teluk Bahang dan menginap di Chalet Sportfishing milik Lembaga Perikanan Pulau pinang. Terima kasih En. Mazani.
Kami memilih bilik family yang mempunyai 2 katil kelamin dan 2 katil bujang cukup untuk kami sekeluarga tidur dengan selesa. Harga bilik RM 150.00 dan telah diberi Diskaun RM 20.00 oleh En. Mazali. Harga bilik hanya RM130.00 sahaja.

Bilik kami hanya 5 meter sahaja dari pantai, sungguh indah sekali pemandangannya. Deruan angin dan bunyi ombak memecah pantai jelas kedengaran.

7.00 pm = Kami sekeluarga makan malam di Tanjung Bungah.

8.00 pm = Bersiar-siar di Batu Feringgi

2.8.2009

8.00 am = Bersarapan pagi

9.00 am = Kami sekelurga pergi membuat lawatan ke Taman Negara Pulau Pinang yang berdekatan dengan chalet yang kami tinggal, hanya berjalan kaki sahaja dari chalet kami menginap. Setelah mendaftar masuk dengan Ranjer Taman Negara, Masuk percuma kami berjalan kaki menyusuri laluan di tepian pantai Taman Negara ini. Pantainyapun putih bersih tiada pencemaran.
Kami hanya berjalan separuh jalan sahaja kerana kepenatan dan berpatah balik ke pintu masuk.

11.00 = Balik semula ke Chalet

12.00 = Berangkat pulang , melalui jalan Gurney Drive dan Padang kota , seterusnya menaiki feri ke Seberang Perai.

1.30 pm = Makan Mee Udang di Sungai Dua, kali ini kami sekeluarga ,memilih makan Mee Goreng Udang. Semuanya berharga RM 72.00. Sungguh sedap rasanya makan di situ Mee Udang yang Ori di Sungai Dua.

2.30 = Berangkat pulang ke Ipoh melalui jalan persekutuan sambil melihat pemandangan indah perkampungan di sepanjang perjalanan kami.


Bertemu lagi di Zoom Malaysia yang lain pula.

Monday, July 27, 2009

ZOOM TASEK RABAN RESORT 25-26.7.2009



Pada 25.7.2009 kami sekeluarga telah bercuti di Tasek Raban Resort, Lenggong, Perak. Resort ini diuruskan oleh Majlis Daerah Lenggong. Sungguh cantik pemandangan di sini yang berhadapan dengan Tasek Raban yang sungguh luas mata memandang.
Oleh kerana tidak mampu pergi ke Danau Toba, Medan, Indonesia, pergi ke sini juga seperti melawat Danau Toba, Medan.
Perjalanan dari Ipoh ke Tasek Raban hanya 56 km sahaja, lebih kurang 45 minit perjalanan mengikut lebuhraya Utara Selatan dan melalui jalanraya Kuala Kangsar---- Grik.

Pesort ini mempunyai 2 unit Chalet Deluxe (banglo 2 Bilik) dan 10 Unit Chalet Standard (Kembar 2).

Harga : Chalet Deluxe di hujung minggu RM 170.00
Chalet Standard di hujung minggu RM 90.00.


Resort ini sungguh mendamaikan dan mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap.

3.00 Petang = Tiba di Resort Tasek Raban
4.00 Petang = Bersiar-siar disekitar Tasek Raban.
8.00 Malam = Makan malam di tepian tasek Raban.
9.00 Malam = Bersiar-siar melihat suasana malam di sekitar Tasek.

26.7.2009

8.00 Pagi = Bersarapan pagi
9.00 = Melawat Pekan Lenggong.
11.45 Pagi = Check Out Resort.
12.00 Tgh = Makan Tengahari di Restoran Tasek Raban yang menyajikan masakan ikan
bakar Tasek Raban dan pelbagai lauk yang menyedapkan.

1.00 Tgh = Pulang ke Ipoh.

Tuesday, July 21, 2009

SELAMAT HARI ISRAK MIKRAJ




Kami seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Israk Mikraj 1430 H kepada semua pengunjung blog ini.