Monday, July 27, 2009

ZOOM TASEK RABAN RESORT 25-26.7.2009



Pada 25.7.2009 kami sekeluarga telah bercuti di Tasek Raban Resort, Lenggong, Perak. Resort ini diuruskan oleh Majlis Daerah Lenggong. Sungguh cantik pemandangan di sini yang berhadapan dengan Tasek Raban yang sungguh luas mata memandang.
Oleh kerana tidak mampu pergi ke Danau Toba, Medan, Indonesia, pergi ke sini juga seperti melawat Danau Toba, Medan.
Perjalanan dari Ipoh ke Tasek Raban hanya 56 km sahaja, lebih kurang 45 minit perjalanan mengikut lebuhraya Utara Selatan dan melalui jalanraya Kuala Kangsar---- Grik.

Pesort ini mempunyai 2 unit Chalet Deluxe (banglo 2 Bilik) dan 10 Unit Chalet Standard (Kembar 2).

Harga : Chalet Deluxe di hujung minggu RM 170.00
Chalet Standard di hujung minggu RM 90.00.


Resort ini sungguh mendamaikan dan mempunyai pelbagai kemudahan yang lengkap.

3.00 Petang = Tiba di Resort Tasek Raban
4.00 Petang = Bersiar-siar disekitar Tasek Raban.
8.00 Malam = Makan malam di tepian tasek Raban.
9.00 Malam = Bersiar-siar melihat suasana malam di sekitar Tasek.

26.7.2009

8.00 Pagi = Bersarapan pagi
9.00 = Melawat Pekan Lenggong.
11.45 Pagi = Check Out Resort.
12.00 Tgh = Makan Tengahari di Restoran Tasek Raban yang menyajikan masakan ikan
bakar Tasek Raban dan pelbagai lauk yang menyedapkan.

1.00 Tgh = Pulang ke Ipoh.

3 comments:

  1. Wah... ok tu.. orait... so macam mana nak booking? kena call majlis daerah lenggong ka?

    Ok gak tu.. tengok someday sampai juga sebab tak mampu nak ke Lake Toba..

    Salam,

    Fazrulls

    ReplyDelete
  2. Telefon terus ke Resort Tasek Raban tu

    ReplyDelete
  3. saudaraku yang aku hormati,

    melihatkan riang tawa keluargamu, beserta lagu 'Let me go home', mana mungkin aku termampu menahankan sayup hati kedengaran jauh mata memandang teringat akan kesemuanya,

    jauh sungguh perjalananmu, luas sungguh pemandanganmu, halus sungguh penglihatanmu dan ia membuatkan aku mencemburuimu demi masa,

    saudaraku,
    renungilah mereka ketika mereka tidur,
    renungi mereka semasa diam tidur mereka,
    renungilah mereka satu persatu,
    dan dengan idzin Allah SWT, aku bermohon agar dikau menemui sesuatu disana, berdoalah,

    salam hormat,

    P.s-
    1. 'If Tomorrow Never Comes', Ronan Keating, Original Artis by Garth Brooks.
    2. 'She's Every Woman',Garth Brooks :)

    ReplyDelete