Thursday, July 2, 2009

KEMBARA JELAJAH KELANTAN 2009

KEMBARA JELAJAH KELANTAN BERSAMA TOYOTA AVANZA DAN SPRM KELANTAN 2009





Kembara Jelajah Kelantan ini bermula pada 6.6.2009 di Perdana Beach Resort, PCB, Kelantan.
Perjalanan kami bermula di Ipoh. Berjumpa dengan sahabat-sahabat Kedah dan P. Pinang di Hentian Perah di Grik pada pukul 1.00 Tgh pada 5.6.2009.
Dari Grik sebanyak 17 Toyota Avanza berkonvoi dan disertai 3 buah Super Bike sebagai Marsyal konvoi tersebut.
Peserta Konvoi sampai di Pantai Cahaya Bulan pada jam 7.00 ptg dan menginap di Perdana Beach Resort. Sungguh indah sekali Resort ini.

Pada 6.6.09 bermulalah Konvoi menjelajah Kelantan bermula di PCB, sebanyak 33 buah Toyota Avanza menyertai konvoi Jelajah Kelantan. Konvoi ini diiringi oleh 2 buah Motosikal Polis Diraja Malaysia Kota Bharu, Kelantan. Konvoi ini juga disertai sebuah kenderaan dari Stesen Radio Manis FM dan 2 kenderaan dari akhbar Sinar Harian, Kelantan.
Destinasi pertama kami ialah di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kelantan (SPRM) di Wisma Persekutuan, Kota Bharu Kelantan untuk sarapan pagi bersama Pengarah dan Pegawai SPRM.

Destinasi kedua ialah di Pusat Servis Toyota Kota Bharu, sekali lagi jamuan di adakan di sana.

Seterusnya konvoi menjelajah seluruh Kelantan sehingga ke Pantai Irama, Bachok.

Konvoi selamat tiba di PCB pada jam 6.30 Petang.

Pada sebelah malam konvoi menuju ke Pejabat SPRM Kelantan untuk Jamuan Makan Malam bersama Pengarah SPRM Kelantan.

Pada 7.6.2009 peserta berehat di Resort sambil berendam di Kolam Resort.

Pada Pukul 1.00 Tengahari Saya dan keluarga meninggalkan Kelantan menuju ke Sungai Petani, Kedah. Di Sg. Petani kami sekeluarga menginap di CT View Hotel, Amanjaya, Sg. Petani.
Sebelah malam kami menuju ke Kuala Kedah, Kedah untuk menghadiri jemputan perkahwinan.

Pada 8.6.2009 sebelah pagi kami menziarahi sahabat Tavac Ezywara di Merbok.

Sebelah Tengahari kami menghadiri majlis perkahwinan di Sungai Petani. Sedap masakannya.

Kami meninggalkan Sg. Petani jam 2.30 petang dan menuju ke Meru Valley, Ipoh.

No comments:

Post a Comment