web stats

Thursday, July 2, 2009

MAJLIS MAKAN MALAM CUEPACS 2009 BERSAMA MENTERI BESAR PERAK















IPOH - 26.6.2009. CUEPACS bahagian Negeri Perak telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena Hari Pekerja 2009. Majlis ini dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry bin Abdul Kadir Menteri Besar Perak Darul Ridzuan. 500 orang yang hadir terdiri dari Majlis Tertinggi Cuepacs, Ahli Kongres, Kesatuan Gabungan Cuepacs dan kakitangan-kakitangan kerajaan Negeri Perak. Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Cuepacs Perak iaitu Sdr. Abdul Jalil bin Hj Yang, dalam ucapan beliau memaklumkan Cuepacs Perak adalah merupakan bahagian yang aktif didalam menganjurkan program, aktiviti, seminar dan juga penerangan isu-isu semasa.

Ucapan Presiden Cuepacs mengharap majlis bersama Y.A.B Menteri Besar Perak , Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebagai jambatan yang menyambungkan pihak pekerja dan Kerajaan Negeri Perak.

Ucapan Y.A.B Dato, Seri Dr. Zambry bin Abd Kadir memaklumkan bahawa Cuepacs telah memainkan peranan yang besar dalam memperjuankan kebajikan Warga Perkhidmatan Awam dan juga menjayakan wawasan dan perancangan kerajaan. Setiap kita harus mempunyai perasaan bangga, bersemangat tinggi untuk menjadi warga perkhidmatan yang mempunyai iltizam dan komited terhadap tanggunjawab masing-masing dan berusaha mempamerkan mutu perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang. Semangat kerja berpasukan hendaklah sentiasa diberi perhatian serius agar matlamat " 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan " tercapai.

Majlis Makan Malam Cuepacs berjalan dengan lancar. Tetamu di hidangkan dengan tarian dan nyanyian dari kombo Dewan Bandaraya Ipoh.

Seramai 10 orang ahli dari Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) Cawangan Negeri Perak telah menghadiri majlis makan malam tersebut. Mereka telah berkesempatan berbincang semeja dengan Presiden Cuepacs Tn Hj. Omar Bin Osman tentang pemasalahan KSKM.

Cabutan bertuah juga diadakan dengan hadiah-hadiah yang menarik.

Majlis berakhir pada jam 11.15 malam.

No comments:

Post a Comment