web stats

Thursday, April 16, 2009

KONVOI PTT TAG-VAC YANG PERTAMA 2009 KE CAMERON HIGHLAND.






Konvoi PTT TAC-VAC yang pertama 2009 memilih Cameron Highland sebagai destinasi yang pertama. Konvoi ini bermula di Meru Velly, Ipoh pada 4.4.2009 jam 1.30 ptg.
Peserta konvoi ini adalah dari ahli PTT TAG-VAC yg dikenali sebagai Channel Puch To Talk Toyota Avanza Group Vacation.
Ahli-ahli yang telah menyertai konvoi pertama ini terdiri dari :

1. Allan@Ipoh dari Ipoh 2. Fazrulls dari Permatang pauh, Pulau Pinang. 3. Joeautopsy dari Sungai Buluh, Selangor.
3 Ahli dan 3 tujuan menjadi 33.

Tujuan konvoi ini adalah untuk mempromosi talian PTT ini , mengiratkan talian silatulrahim diantara ahli @ keluarga dan bercuti bersama keluarga tersayang.

Konvoi ini melalui jalan raya Simpang Pulai, Perak ke Cameron Highland.
Peserta konvoi telah menginap di Hotel 4 bintang iaitu Hotel Heritage, Tanah Rata, Cameron Highland. Hotel ini sungguh indah dan merasa damai menginap di sini.

Banyak tempat telah kami lawati seperti ladang teh, Pasar malam Brinchang, Ladang Strawbery, Ladang Sayur dan kaktus.

Udara sungguh sejuk dan menyamankan.

Kami pulang ke Ipoh pada 5.4.2009 melalui jalan raya Cameron Highland ---- Tapah dan berhenti di Lata Iskandar yang sungguh indah dengan air terjunnya.

Peserta konvoi bersurai di Tapah dan menuju ke destinasi masing-masing.

" BERKAT KESEPADUAN SILATURAHIM DAN IKATAN KEKELUARGAAN "
Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.

2 comments:

  1. bila pegi konvoi ni..nanti pegi lagi ajak ler teman yeop...

    ReplyDelete
  2. bagus team ni,ada aktiviti konvoi..
    tahniah

    ReplyDelete