web stats

Thursday, January 15, 2009

LANDSKAP TAMAN DI KEDIAMANKU








Hobi Teman adalah membina landskap dan menanam pokok bunga. Taman di depan rumah ku ini dibina dan ditanam sendiri. Daripada sekecil pokok sehinggalah besar. Landskap taman ini sudah dibina 10 tahun. Inilah hasilnya, semua pokok telah merimbun. Ia satu kepuasan kepada saya.
Taman ini akan di maintain bila hujung minggu.
Disinilah saya dan seisi keluarga akan bersantai di waktu petang dan malam, sambil menghirup udara segar.


Taman ini di beri nama Taman Nostalgia Mukhris, bersempena nama anakku yang ke 6 yang telahpun menemui Allah dalam usianya 3 bulan.

PERKELAHAN KELUARGAKU





Baru-baru ini Teman dan keluarga telah pergi ke Teluk Batik, Lumut, Perak.
Maklumlah lama tak berkhemah dan berkelah bersama seiisi keluarga. Seronok jugak sesekali berkelah di pantai.

Wednesday, January 14, 2009

Avanzaku Silver Tersayang











Selain dari keluargaku yang ku sayangi, Avanzasilver ini lah juga yang ku sayang.

KONVOI AMAL TOYOTA AVANZA 2008








Baru-baru ini saya menyertai Konvoi Amal Bersama Toyota Avanza 2008. Konvoi ini disertai oleh Toyota Avanza Club Malaysia (Tavac) dan Kelab Toyota Avanza Sg Petani (KTASP). Bermula di Sungai Petani, Kedah hingga ke Teluk Batik, Perak. Sebanyak 32 buah Toyota Avanza menyertai konvoi ini disertai bersama sepasukan Polis Trafik dan 9 buah Motosikal berkuasa tinggi mengiringi konvoi ini ke Lumut, Perak. Setiap simpang di sepanjang perjalanan di kawal oleh mereka. Laluan Tol dibuka dengan percuma untuk konvoi amal ini.
Kami bersarapan pagi di Stesen Petronas , Bandar Baru Perda, Seberang Perai, P. Pinang.
Kami singgah makan tengahari di Rumah Anak Yatim Ummu Sofiah, Trong, Taiping bagi menyampaikan derma dari Penaja dan orang perseorangan.
Sungguh sayu melihat kehidupan anak-anak yatim tersebut.
Alhamdulillah kami selamat sampai di Teluk Batik, Perak jam 4.00 ptg.

InsyaAllah pada 14 hingga 16 Mac 2009 saya akan menyertai konvoi Amal Toyota Avanza Club Malaysia ( Tavac ) 2009. Seluruh ahli kelab ini dari seluruh Malaysia akan berkumpul di Kedah.

Kepada sesiapa yg hendak melihat Video Klip ini sila Klik di sini :

http://www.youtube.com/watch?v=c4zjmFT8ASM

BERKURSUS ENGLISH DI TELUK BATIK RESORT, LUMUT, PERAK





Seronok juga pergi ke kursus English di Lumut tempoh hari, banyak pelajaran baru dapat dari 2 Pensyarah dari Multimedia Universiti. Kursus ini berlangsung selama 4 hari. Ramailah kawan-kawan baru Teman dapat semasa kursus tersebut. Seramai 40 peserta kursus mengikuti kursus tersebut dari seluruh negeri Perak.

PERCUTIAN KE KUALA TRENGGANU, TRENGGANU.






Pada cuti persekolahan bulan November yang lalu kami sekeluarga telah pergi bercuti di Kuala Trengganu, Trengganu. Setahun sekali kami sekeluarga mesti akan ke Kuala Trengganu. Tempat ini sungguh menarik dengan pemandangan pantainya, budayanya, makanannya dan penduduk yang ramah. Kami di sini menetap selama 3 hari 2 malam. Banyak tempat-tempat yang menarik kami telah lawati, seperti Pantai Batu Buruk, Pasar Payang, Muzium Negeri ( yang terbesar di Malaysia ), Taman Monumen Islam, Masjid Kristal dan lain-lain lagi.
Kami sekeluarga menetap di Hotel Sri Malaysia, Kuala Trengganu. Kami merasa selesa sekali menetap di sini kerana terletak di tengah bandar Kuala Trengganu dan di tepian Kuala Sungai Trengganu yang sungguh indah. Dari Bilik kami dapat melihat bot-bot berlayar dan dapat melihat Pulau Duyung.

Tentang makanan pula kami sekeluarga suka akan nasi Dagang, Keropok Losong. Sungguh enak sekali.

Tahun 2009 ni pasti kami akan pergi lagi.

GAMBAR KELUARGA KU TERSAYANG